Friday, 30 September 2016

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang PERTAMA.

Selamat datang semua. Terima kasih kerana bertandang ke blog ini.

Apa yang akan dimuat-naik ke dalam blog :
- Maklumat tentang gaharu seperti

  • Asal usul "gaharu" yang kita kenali.
  • Gred-gred kayu.
  • Perbezaan jenis-jenis kayu (liar vs tanam contohnya).
  • Asal usul minyak gaharu / Dehn al-Oud / Oudh oil.
  • Jenis-jenis minyak gaharu.
  • Cara penghasilan minyak gaharu.
  • Penipuan dalam industri gaharu.
  • Dan lain-lain.
- Perkongsian tentang gaharu daripada pembekal/pengeluar gaharu antarabangsa, sama ada bahan khusus untuk blog ini atau petikan daripada sumber bahasa inggeris yang akan diterjemahkan.

- Bahan kajian oleh pengkaji-pengkaji atau universiti untuk ditatapi.

- Selingan ilmu tentang dunia wangian dan bahan-bahannya, terutamanya yang nadir (susah dijumpai) / hampir pupus.

Harap anda semua mendapat manfaat daripada blog ini, dan jangan lupa untuk "Subscribe Email" di penjuru atas kanan supaya tidak ketinggalan tentang maklumat terbaru !

Sekiranya ada soalan yang anda ingin tanya, atau isu yang anda ingin kami ulas, sila tinggalkan komen, atau email kami pada : oud.hub@gmail.com

Terima kasih kerana bersama kami mengorak langkah pertama dalam perjalanan gaharu yang jauh ini , dan jangan lupa kongsikan dengan orang lain jika anda rasa bermanfaat   :)

Jadilah pengguna yang berilmu, supaya tidak di-klentong dan ditipu. Dengan ilmu juga penghargaan dan penghayatan anda akan gaharu juga bakal meningkat.

Bak kata pepatah..

Hanya jauhari yang mengenal manikam.


Gambar Hiasan "wood chips" Gaharu Liar Malaysia