FAQ : Frequently Asked Questions / Soalan yang selalu ditanya
Apakah perbezaan oud dan attar/perfume/mukhallat/cologne?
Attar, mukhallat, perfume, cologne, dan wangian komersial yang lain merupakan gabungan bahan-bahan yang berbeza.
Sebaliknya, dari sudut komposisinya, minyak oud/gaharu asli adalah wangian dengan sendirinya, tanpa dicampur dengan bahan yang lain.
Demikian adalah dari sudut komposisinya. Adapun perbezaan dari sudut aroma, maka tiada pun di antaranya yang dapat dibandingkan dengan oud secara keseluruhan. Tidak dinafikan banyak attar dan wangian lain adalah sedap untuk dibau, tetapi oud mengjangkaui batasan "bau" semata-mata, kerana ia dapat merangsang si pemakainya dari pelbagai sudut.
Bolehkah saya menggabungkan/mencampurkan oud dengan wangian lain?
Sudah tentu.
Jika anda masih baru dalam mengenali oud, barangkali anda akan dapati bahawa oud lebih sedap dipakai setelah dicampur dengan cologne, attar, atau mukhallat, kerana oud itu sendiri mempunyai baunya tersendiri yang sangat kuat. Mungkin lebih sesuai bagi anda dengan pemakaian oud yang ringan.
Walau bagaimanapun, setelah anda semakin biasa dan 'ketagih' dengan aroma oud asli semata-mata, anda akan pilih untuk tidak mencampurkannya dengan bahan lain, dan itu adalah cara pemakaian oud yang sepatutnya.
TAMAT SIRI 01
Dialih bahasa dari : http://agaraura.com/faq.html
Antara faktor penting dalam perjalanan mengenali Oud, untuk mengalami oud sepertimana reputasinya dalam sejarah manusia sejak ribuan tahun yang lalu, tak dapat tidak anda perlu merasai oud yang berkualiti tinggi, dan asli, tanpa campuran bahan kimia, pemanis, pemekat, dan lain-lain. Oud yang seperti ini amatlah susah untuk didapati, dan kebanyakan penjual yang biasa juga tidak dapat menerangkan asal usul dan proses penghasilan oud yang mereka jual.
Dengan mengikuti posting blog ini, moga-moga para pembaca sekalian dapat menambah maklumat tentang gaharu dan oud, dan semoga dapat menjadi pengguna yang bijak, sejurus dengan menjadi salah seorang manusia yang telah melalui keajaiban aroma oud yang disebut-sebut dalam sejarah.