Gaharu, Oud, chenxiang, jinkoh, karas, aloeswood, aluwwah, eaglewood..antara nama-nama yang merujuk kepada Gaharu.
Apa itu gaharu?
Dari mana ia datang? Bagaimana ia terhasil?
Pokok Gaharu
Kayu gaharu yang bernilai ini adalah hasil tuaian daripada pokok gaharu, umumnya daripada spesis utama Aquilaria dan Gyrinops. Sub-spesis pula ada banyak, malaccensis, sub integra, hirta, crassna, sinensis, dan banyak lagi.
Pokok gaharu tumbuh secara semulajadi daripada India, sehinggalah kepulauan Papua (termasuk Filipina). Terdapat juga pokok gaharu di Yunan dan Hainan, China. Juga Hong Kong, dan beberapa kawasan di China yang bersempadan dengan India, Thailand, Indochina.
Malaysia merupakan antara pengeluar gaharu liar yang besar juga.
Tetapi, gaharu atau oud lebih dikenali sebagai komoditi Timur Tengah (Arab). Hakikatnya semua gaharu di dunia berasal daripada kawasan ini (seperti dalam gambar di atas).
Kredit kepada www.agaraura.com
Gambar di atas adalah contoh pokok gaharu liar yang telah matang dan tua. Bulatan merah itu adalah seorang lelaki, maka bandingkan saiznya.
Semata-mata pokok gaharu, tidaklah bernilai. Kerana kayunya tidak sesuai untuk dibuat balak ataupun binaan. Jika anda tanam pokok gaharu 1000 batang, jangan harap anda jadi jutawan selepas 5 tahun.
Pokok gaharu yang sihat, jika ditebang dan dituai, anda akan dapat seperti gambar di bawah.
Kredit wikipedia
Kayu berwarna putih/kekuningan ini biasanya tiada nilai yang tinggi sepertimana reputasi gaharu yang kita tahu.
Khazanah alam yang bernilai dan semakin pupus, adalah seperti gambar di bawah.
Kredit www.agaraura.com
Anda dapat lihat perbezaannya? Warnanya hitam, dan lebih gelap daripada biasa. Ini antara gred tertinggi gaharu, yang mana sebahagian penjual menamakan sebagai gred "Super King/King Super", tetapi kerana ia saiz serpihan kecil, ia tidaklah sama harga seperti FULL King Super yang bersaiz besar.
Balik kepada perbezaan dua kayu di atas....
Pokok Gaharu menghasilkan aroma yang wangi, dan warna yang hitam seperti dalam gambar , apabila ia sakit . Di hutan, kadangkala pokok gaharu diserang oleh serangga seperti semut, dibuat sarang dalam pokok. Atau, haiwan buas mencakar pokok tersebut, atau pokok itu disambar petir, dan lain-lain kemungkinan. Maka, kecederaan tersebut menyebabkan pokok itu sakit, dan untuk melawan jangkitan kuman/kecederaan, pokok itu menghasilkan oleoresin yang bertindak sebagai antibodi. Itulah yang menjadikan kayu tersebut wangi, dan semakin keras/padu.
Pokok gaharu yang ditanam sebagai perniagaan/bisnes, kebiasaannya ditanam selama 3-6 tahun sebelum ia dijangkiti/dicederakan secara artificial atau dengan tangan manusia. Ada yang dipaku, ada yang digerudi (drill) , dan ada yang digerudi dan disuntik dengan inoculant , dan proses ini dinamakan inoculation/inokulasi. Jangkitan akan dibiarkan selama 6 bulan-3 tahun pada kebiasaannya.
Tetapi, bagaimana mungkin jangkitan yang begitu pendek dapat menandingi pokok liar yang matang yang berumur puluhan tahun? Dan jangkitannya pula jauh lebih lama berbanding pokok tanam yang banyak diusahakan sekarang? Sudah tentu jauh bezanya..beza pada kualiti, dan beza pada harga.
Contoh pokok yang di-inokulasi adalah seperti gambar di bawah.
Terdapat banyak perbincangan dan kadangkala perdebatan, tentang penghasilan gaharu secara artificial ini. Ada yang memihak kepada hanya menggerudi dan dibiarkan dijangkit secara semulajadi, dan menolak proses inokulasi secara mutlak. Ada yang menerima inokulasi, tetapi hanya dengan bahan semulajadi. Ada yang menerima apa sahaja cara inokulasi , hatta dengan bahan kimia berbahaya, asalkan dapat menghasilkan oleoresin yang padu dan padat, dalam jangka masa yang paling pendek.
Tambahan pula, ada yang menggerudi / menggerudi dan inokulasi pokok liar di hutan.
Gaharu....
Walaupun Malaysia antara pengeluar gaharu di dunia, tetapi rakyat kita tidak tahu tentang khazanah alam yang amat bernilai ini.
Semoga maklumat di sini dapat meluaskan lagi pemahaman dan persepsi anda tentang gaharu.
Jika anda ada sebarang soalan, sila komen di posting ini, atau email kepada kami di :
oud.hub@gmail.com
Sehingga posting seterusnya....
No comments:
Post a Comment